TERMA & SYARAT
SYARAT DAN PERATURAN PENDAFTARAN SERTA SKOP PERLINDUNGAN
- Keahlian adalah terbuka kepada semua Ahli Mawaddah MBSB (Semua bangsa dan agama) didalam perkhidmatan
- Pihak Peserta (Ahli Mawaddah MBSB) juga boleh menambah pendaftaran ahli keluarga seperti isteri, anak, ibu bapa, mertua dan saudara mara berumur 1 - 69 tahun melalui tambahan potongan gaji (Ahli Mawaddah MBSB wajib mendaftar diri sendiri untuk membuat penambahan peserta)
- Perlindungan bermula selepas 30 hari dari tarikh 01/ 15hb terdekat selepas pengesahan bayaran potongan gaji di MBSB dan BJSB.
- Tempoh Perlindungan untuk peserta Mawaddah MBSB adalah sehingga tamat perkhidmatan manakala untuk peserta tambahan adalah bersama tempoh perkhidmatan peserta kohasil atau sehingga berumur / tamat pada umur 75 tahun.
- Akses ke Sijil keahlian digital juga akan dihantar ( kepada no telefon yang didaftarkan peserta) melalui applikasi Whatapps apabila pendaftaran berjaya.
- Dalam skim ini, Pihak MBSB dan Bumijez Sdn Bhd (BJSB) dilantik sebagai wakil untuk menguruskan tabung skim Khairat Bantuan Pengurusan Jenazah Lengkap 24 Jam kepada para peserta.
- Pihak MBSB dan BJSB mengubah, meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada semua syarat dan peraturan pendaftaran berkaitan tanpa sebarang notis.
SYARAT DAN PERATURAN UNTUK TUNTUTAN MANFAAT
- Kes kematian hendaklah dilaporkan melalui talian hotline 24 jam 1800 886 887 atau 03 8082 9000 ( Waktu pejabat 9.00 Pagi - 5.00 Petang) atau makluman melalui https://bumijez.com/maklum
- Salinan Permit pengebumian dan Kad Pengenalan simati perlu dikemukakan kepada BJSB sebagai bukti sah kematian untuk tuntutan manfaat.
- Bantuan Pengurusan Jenazah Lengkap (PJL) akan diberikan mengikut lokasi (rumah / hospital) yang diminta waris.
- Peruntukan Wang Khairat akan digunakan jika kos pengurusan melebihi RM1500 pada hari kejadian.
- Bantuan Tunai RM1500 akan diberikan dalam masa 24 jam jika waris memilih untuk menguruskan sendiri bersama keluarga / khairat tempatan.
- Lain - lain manfaat akan disempurnakan mengikut tempoh pakej setelah BJSB menerima salinan Sijil Kematian (JPN) simati.
- Laporan Perubatan dan Polis perlu disertakan untuk tuntutan akibat kemalangan ( Tuntutan Kemalangan tertakluk kepada kelulusan Takaful )
- Tuntutan perlu dibuat dalam masa 03 bulan dari tarikh kematian / kemalangan.
- Pihak Kohasil dan BJSB berhak mengubah, meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada semua syarat dan peraturan tuntutan manfaat berkaitan tanpa sebarang notis