Matlamat Pengurusan Jenazah Lengkap MBSB Amanah adalah untuk meringankan beban waris di hari kematian. Ianya meliputi khidmat nasihat, bantuan dokumentasi kematian, perkhidmatan van jenazah, memandikan dan mengkafankan jenazah, solat jenazah dan pengebumian serta bacaan talkin.
Manfaat lain yang disertakan adalah termasuk khidmat nasihat pusaka, zikir, tahlil dan khatam Al Quran, wang khairat dan infaq, selain pilihan tambahan untuk pembinaan pusara, batu nisan serta khidmat badal haji atau pengurusan pusaka.
Manfaat | Tempoh Bayaran | RM360 / Tahun atau RM30 / Bulan | RM600 / Tahun atau RM50 / Bulan |
---|---|---|---|
PENGURUSAN JENAZAH LENGKAP ATAU TUNAI (Diuruskan oleh Bumijez atau Bantuan Tunai) | 24 Jam | RM1,500 | RM1,500 |
KHUTBAH PUSAKA, ZIKIR, TAHLIL & KHATAM QURAN (Diuruskan oleh Bumijez) | Dalam 60 hari | RM500 | RM1,000 |
WANG TUNAI KHAIRAT (WTK) (Bantuan Tunai kepada Waris) | Selepas 60 hari | RM3,000 | RM3,000 |
INFAQ BAGI PIHAK AHLI (Diuruskan oleh Bumijez) | Selepas 90 hari | RM500 | RM1,000 |
BATU NISAN DAN KEPUNGAN PUSARA (Diuruskan oleh Bumijez atau Bantuan Tunai) | Selepas 120 hari | RM1,500 | RM1,500 |
BADAL HAJI ATAU URUS PUSAKA (Diuruskan oleh Bumijez atau Bantuan Tunai) | 2 Bulan sebelum musim Haji tahun berikutnya atau bila mula urusan harta pusaka | RM5,000 | RM10,000 |
KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN (Tertakluk kepada kelulusan Pengendali Takaful) | Maksimum 180 hari | RM30,000 | RM50,000 |
KECACATAN / KEILATAN KEKAL AKIBAT KEMALANGAN (Tertakluk kepada kelulusan Pengendali Takaful) | Maksimum 180 hari | RM30,000 | RM50,000 |