Penggabungan Produk

Salah satu cara untuk menzahirkan Mawaddah MBSB, adalah mengabungkan dengan produk-produk MBSB seperti pembiayaan peribadi-i, hartanah-i atau pun pendidikan-i  

Kaedah opt-in atau pilihan bersama pada permohonan pembiayaan dengan opsyen langganan tahunan mahupun bulanan, sekiranya kaedah bayaran balik pembiayaan adalah dengan bayaran bulanan.

Menempatkan Mawaddah MBSB di laman Pengurusan Kekayaan, adalah bersesuaian dengan matlamat dan objektif produk ini.

Hadiah Untuk Tersayang

Pakej-pakej Mawaddah MBSB boleh di promosikan sebagai hadiah hari kelahiran, perkahwinan, atau penghargaan. Ianya boleh juga di pakejkan sebagai tambahan benefit pekerja. 

Permohonan dalam talian yang mudah dan cepat dapat diajukan kepada pelanggan melalui banner promosi, laman produk atau pun kaedah Kod QR pada poster dan flyers.

Menzahirkan Kasih Sayang

Antara tanggung jawab seorang umat Islam adalah untuk memastikan semua urusan dunianya dilaksanakan dengan sempurna. Antara yang penting adalah menyelesaikan hutang.  

Selain hutang kewangan, hutang ibadah juga perlu diselesaikan. Antara manfaat Mawaddah MBSB yang menjurus kepada penyelesaian hutang-hutang tersebut adalah khidmat nasihat pusaka, bantuan badal haji atau bantuan urus pusaka.

Bagaimana untuk mendapatkan Mawaddah MBSB ?

Dapatkan penerangan lanjut mengenai manfaat melanggan Mawaddah MBSB